Blog ini berisi kumpulan cerita hantu , blog ini bertujuan untuk menambah wawasan dan tukar pengalaman para pecinta cerita hantu. bukan untuk menakut-nakuti

loading...

Di ganggu hantu air saat memancing

Cerita hantuSiri Bercakap Dengan Stap

Di ganggu Hantu Air.

Stap dan aku membawa beberapa peralatan untuk masuk ke hutan seperti yang di minta oleh Fabby, selepas maghrib kami bertolak dari hotel bajet kami dan menaiki kereta menuju ke rumah Fabby yang terletak berhampiran dengan Pekan Kuala Lipis.

Aku masih teringat ketika pertemuan aku dengan Fabby di kedai mamak siang tadi

"Kau datang malam ini rumah aku. Aku bawa ke tempat memancing yang rare" ujar Fabby

"Rare yang macamna? " tanyaku.

"Port mancing yang banyak lubuk, tapi banyak kisahnya yang misteri ramai orang dah berjumpa dengan macam-macam kat situ" balas Fabby.

"Menarik juga, aku lebih minat cerita begitu dari memancing. Pukul berapa nak pergi? "

"Lepas maghrib, datng rumah aku. Tapi aku nak mancing sekali kau dengan Stap bawa la apa-apa peralatan yang patut sebab sungainya dalam hutan" pesan Fabby sebelum beredar pulang meninggalkan aku di warung mamak di bandar Kuala Lipis.

Sampai di rumah Fabby, kelihatan Fabby sudah sedia menunggu di hadapan rumahnya berserta dengan jorannya sendiri. Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Malam itu terasa dingin sahaja, angin lembut bertiup seperti menandakan akan turun hujan sebentar lagi.

Langit di atas mendung menutupi sebahagian rembulan yang bersinar memancar cahayanya melimpahi permukaan bumi. Fabby masuk ke dalam kereta, dia mengarahkan kami memandu mengikut laluan yang dia akan tunjukkan menuju ke sebatang sungai.

Sepanjang perjalanan, Fabby lebih banyak berdiam dari berkata-kata, dia hanya bersuara apabila memberi tunjuk arah ke sungai yang menjadi destinasi kami. Agak pelik pula kerana Fabby adalah seorang yang petah berbicara tak kira masa. Aku berfikir mungkin Fabby kurang sihat pada malam ini.

"Fab! Kau tak sihat ke? " soalku.

Fab diam membisu, tidak menjawab pertanyaanku.

"Fab! "

"Aku tak sihat... " jawabnya perlahan menghilangkan keresahanan aku menunggu jawapan.

Aku tidak mahu bertanya lagi, mungkin benar dia tak sihat. Aku kira malam ini mungkin tidak ambil masa yang lama kami memancing. Aku bukanlah pandai memancing. Aku sekadar mengikuti sahaja dalam hal ini aku dan Stap hanya mahu menemani Fabby, aku lebih berminat untuk mengetahui selok belok jalan kampung. Manakala Stap hanya mengikut sahaja kemana aku pergi.

"Masuk lorong ini... " arah Fabby tiba-tiba

Aku membelok stereng aku memasuki lorong di sebelah kanan jalan, lorong itu kecil. Di kiri kanannya merimbun rumput buloh. Keadaan jalan berlubang dan tidak sekata, menyebabkan aku memandu dalam keadaan berhati-hati. Tidak ada lampu yang menerangi lorong berkenaan kami hanya bergantung pada limpahan cahaya kereta aku malah tidak kelihatan sebuah rumah pun di sepanjang lorong. Pada awalnya keadaan jalan di dalam lorong itu menuruni bukit. Selepas 500meter ia mula mendaki semula.

"Masuk sini.. " arah Fabby sambil dituding ke sebatang lorong kecil yang gelap.

Lorong kecil yang dikatakan lebih sukar untuk kami masuki, kerana keadaannya yang bertanah merah dan berlopak membuatkan pergerakan kami lebih sukar. Tetapi dalam keadaan begitu aku perasaan disebelah lorong terdengar bunyi air mengalir. Pendapat aku mungkin ini tempatnya.

"Berhenti sini... " Fabby menyuruhku berhenti di bahu lorong tanah merah itu dan aku mengikut sahaja.

Kami keluar dari kereta, di sebelah kami terdengar bunyi air sungai yang mengalir perlahan. Jarak penglihatan kami sangat dekat, berbekalkan lampu suluh yang di bawa kami dapat melihat sekitar kami pohon-pohon yang besar dan tinggi. Apabila aku suluh ke arah bunyi air yang mengalir aku nampak sebatang sungai kecil berlebar 15 kaki sahaja.

"Sungai tu dalam tak? " tanyaku kepada Fabby.

"Cetek sahaja... Paras peha" balasnya.

"Sini ke tempatnya? " tanya Stap pula.

"Bukan... Kedepan lagi, kena meranduk sungai ni lebih kurang 100 meter lagi ke hadapan" jelas Fabby.

"Jauh juga tu... "

"Dekat sahaja... Lagi pun sungai tak dalam, boleh lepas sampai" ujar Fabby lagi.

Kami berjalan menuruni ke sungai, seperti yang dikatakan Fabby kami perlu meranduk sungai tersebut menuju ke tempat yang dimaksudkan.air sungai yang dingin membuatkan aku mengigil kesejukan, Fabby mengepalai perjalanan dengan berada di hadapan, Stap di tengah manakala aku di belakang sekali.

Semasa meranduk aku baru perasaan yang tebing sungai semakin meninggi sehingga paras lebih 10 Kaki. Ketika meranduk aku yang berada di posisi belakang sekali seperti terperasan ada ternampak seorang wanita yang berdiri di atas tebing itu. Wanita itu tepat merenung kami dengan tajam dia berpakaian baju kurung dan tidak menutupi rambutnya dengan tudung.

"Stap... Kau nampak tak tadi? " bisik aku pada Stap yang berada di hadapan.

"Syyhhh... Diam jangan tegur, biarkan.. " Stap membalas dan seperti mengerti apa yang aku maksudkan.

"Dia tenung kita Stap.... " ujar aku yang mula berasa gementar melihatnya.

Stap tidak menjawab, aku masih lagi melihat wanita itu teguh berdiri di tebing memandang kami tajam, seperti dia memarahi kami. Rambutnya yang panjang ke paras pinggang beralun-alun ditiup angin.

Fabby di hadapan kami seperti tidak perasan akan wanita tersebut, malah dia lebih pantas dari kami dengan meninggalkan ruang jarak yang besar antara kami. Stap yang gendut agak sukar untuk meranduk dan di sebabkan itu ia membuatkan Stap berjalan agak perlahan berbanding Fabby, aku di belakang Stap pula terpaksa mengikut rentak perlahannya tapi mujur Stap agak perlahan hilang sedikit ketakutan aku melihat wanita tadi.

Fabby di hadapan berhenti tiba-tiba, dan selepas itu dia berjalan ke tebing. Di bawah tebing terdapat beberapa buah batu yang besar sesuai untuk diduduki.

"Kita memancing di sini.. " jerit Fabby kepada kami yang masih lagi sedang meranduk menghampiri Fabby yang duduk di batu besar tersebut.

Fabby mempersiapkan jorannya, manakala aku hanya memerhati kelakuan Fabby sahaja. Stap pula berdiri melihat keadaan sekeliling. aku dan Stap tidak membawa sebarang alat untuk memancing kerana bukan itu tujuan kami ke Kuala Lipis. Kami sekadar membawa peralatan kecil seperti lampu suluh dan sebagainya.

Kami memerhati kelakuan Fabby melempar mata kailnya ke tengah sungai. Aku mula kesejukan dan menggeletar. Aku suluh keadaan sekeliling sungai yang dipenuhi dengan pokok-pokok. Fabby melarang aku menyuluh cahaya ke arah air kerana akan membuatkan ikan lari sahaja.

"Buat apa tuuuu" terdengar satu suara bertanya dari dalam air.

Aku terkejut dan memandang ke arah Stap, kerana aku sangka Stap yang bertanya. Tetapi Stap seperti tidak berkata apa hanya sekadar membalas pandangan aku sahaja. Fabby pula sibuk menarik-narik mesin jorannya.

"Buat apa tuuuu!! " suara tersebut seperti hampir dengan kami.

Aku menyuluh sekeliling untuk memastikan mungkin ada orang lain yang berada di situ. Tetapi tidak nampak sebarang susuk tubuh dan kelibat di sekelilung tempat.

"Buat apa tuuuuuuuuuuu!" kali ini lebih panjang lagi, suara tersebut seperti seseorang sedang bercakap dalam air.

"Memancing la buat apa lagi.... " Stap menjawab perlahan.

Fabby hanya diam sahaja, dia seperti tidak mendengar suara pertanyaan itu. Mungkin dia terlalu memberi tumpuan kepada hobinya itu.

Geduk! Geduk! Bammmm!! Dushhhh!!

"Bunyi apa pula tu Stap, macam ada benda besar je jatuh dalam air.. " aku mula ketakutan, Manakala Stap diam tidak membalas dia hanya memusatkan pendengarannya ke arah bunyi tersebut. Kami berdua duduk sambil melihat sekeliling.

Aku memandang Fabby berharap dia pun perasan dengan kehadiran bunyi tersebut. Aku memandang ke arah hutan Dihadapan selepas itu Aku menoleh semula melihat Fabby di kiri kami.

Ghaib!!! Fabby ghaib!!

"Stap!!"
"Stap!!" aku mencuit Stap di sebelah sambil memekik namanya.

Stap memandang aku, aku tuding ke arah di mana Fabby berdiri tadi.

"Fab kemana? " soal Stap.
"Tak tau.. Aku toleh sahaja dia dah hilang" aku menggeletar ketakutan.

Stap menutupi matanya dan membaca sesuatu di mulutnya yang berkumat kamit.

"Dah jom balik! " ajak Stap.
"Habis Fab pula macam mana?! " tanyaku yang cemas.

"Balik dulu jom! "arah Stap.

Aku mengikuti sahaja ajakan Stap, kami terpaksa meranduk kembali sungai tersebut menuju ke kereta. tiba-tiba

Dush! Dush! Dush!

Bunyi seperti seseorang seperti meranduk sambil berlari ke arah kami dari belakang, aku suluh ke arah bunyi tersebut tapi tidak kelihatan sebarang susuk tubuh cuma apa yang aku nampak hanya air berkocak dan bergelombang seperti ada benda besar menghala ke arah kami.

"Stap!!!! "

Stap memandang, lantas dia menarik aku untuk segera berjalan pantas meranduk sungai tersebut.

"Cepat!! " Stap menjerit.

Aku yang terkaku sebentar tadi pantas memulakan langkah kembali setelah di tarik oleh Stap. Aku melihat kocakan dan gelombang air itu pantas menghampiri kami. Kami terpaksa juga meranduk kerana tebing sungai di kiri dan kanan masih lagi tinggi dan amat sukar untuk kami memanjatnya.

Nafas aku mula pendek, kerana kepenatan meranduk sungai. Dalam waktu kecemasan dapat juga kami menaiki tebing yang rendah untuk dipanjat kami. Selepas sampai di tebing gelombang itu sudah tidak kelihatan lagi. Kami mempercepatkan langkah ke kereta.

"Stap! Fab macam mana?"

Stap diam tidak menjawab, tiba-tiba

Truttt.... Truuttttt... Truuttttt

Telefon aku berbunyi, dari dalam poket seluar aku.

Aku lihat nama yang tertera pada skrin.

"Fabb?!! "

bersambung.....
loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Di ganggu hantu air saat memancing"

Post a Comment